Mendidik Generasi Rabbani


Selepas diberi pelepasan untuk kembali ke pangkuan keluarga, kini kesemua para pelajar Maahad telah kembali untuk meneruskan pembelajaran mereka dalam pengajian Al-Quran khususnya memahami serta memperbetulkan bacaan. Selain daripada itu, pengukuhan fardhu ain juga diterapkan kerana ia merupakan keperluan sebagai seorang insan yang beragama Islam.


Para Pelajar sedang menunggu giliran untuk memperdengarkan bacaan

Antara tumpuan yang diberikan oleh guru-guru khususnya dalam enam bulan pertama ialah ilmu Tajwid, dan Fasahah atau kelancaran dalam pembacaan. Manakala dalam pengukuhan fardhu Ain para pelajar didedahkan kepada beberapa perkara asas seperti berikut:

 Doa sebelum dan selepas membaca Al-Quran
 Doa Wudhu’
 Doa Qunut
 Bacaan wirid selepas solat
 Bbacaan doa selepas solat
 Azan dan doa azan
 Bacaan Solat Jenazah
 Ma’thurat dan
 surah-surah lazim (Juzuk ‘Amma)


Naskah Al-Quran (Mushaf) yang digunakan oleh para pelajar sepanjang pengajian

kemampuan pelajar dalam menguasai perkara-perkara di atas akan dinilai oleh guru-guru selepas 40. Ini penting kepada guru-guru untuk mengenalpasti kecekapan yang ada pada setiap pelajar dan pendekatan atau kaedah yang diperlukan bagi membolehkan setiap pelajar menguasai sepenuhknya perkara-perkara asas tersebut.
Untuk memastikan para pelajar berada dalam keadaan bersedia dan cergas, mereka digalakkan untuk mengikuti sesi riadah seperti bermain badminton dan sepak takraw. Ini kerana berdasarkan kepada kajian tokoh-tokoh ilmuan, otak yang cerdas bermula dari badan yang cergas serta pemakanan yang seimbang.


Para Pelajar menjamu selesa (makan Tengahari)

Pada masa kini para pelajar berada dalam situasi kuarantin yang mana keluarga tidak boleh bertemu dengan pelajar-pelajar kerana ini merupakan disiplin bagi mengukuhkan sifat berdikari apabila berjauhan dengan keluarga.

Justeru itu, doa yang berterusan daripada ibu bapa amat diperlukan bagi memastikan para pelajar ini menjadi insan yang cemerlang khususnya dalam mejadi seorang penghafaz Al-Quran.


UCAPAN PENGERUSI JAMAAH PENGURUSAN MAAHAD


MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2010

ASYURA




Sempena 10 Muharram ' kuih ' asyura di sediakan

WADAI KIPING




Menggentel wadai kipin untuk jamuan malam bacaan Yaasin

SULTAN SURIANSYAH


Islam dan Kerajaan Banjar

MEMBAIK PULIH MAAHAD TAHFIZ 2010





Usaha-usaha sedang giat di jalankan bagi membaik pulih bangunan asrama dan surau Maahad Tahfiz.