MAJLIS KONSULTASI PELAJAR - BAGI SETENGAH TAHUN 2011

MAJLIS KONSULTASI PELAJAR 2011 ( I )

Majlis berkenaan telah diadakan pada:

Tarikh      :    29/07/2011
Masa       :    08.00  pagi   hingga   12.00 tengahari
Tempat    :    Kantin sekolah.

Seramai kira-kira 40 orang ibu bapa / penjaga hadir di majlis berkenaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan al-quran oleh adik Muhammad Nor Al Faiz bin Mohd Radzi dari surah Al Baqarah (ayat 1 hingga 30) dan surah Al Mulk. Menyusul kemudian wirid Asma Ul Husna oleh pelajar-pelajar tahfiz yang diketuai oleh adik Muhammad Fikri Hakim bin Abd Rasid. Manakala bacaan doa oleh adik Muhammad Fahmi Hakim bin Saripuddin mengakhiri persembahan dari pelajar tahfiz.

Mendahului ucapan dalam majlis ini, Saudara Mahtiar bin Omar yang mewakili Badan Kebajikan Anak Tahfiz  (BAKTI) mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru dan kaki tangan Maahad yang berkorban masa dan tenaga untuk menjaga dan mendidik para pelajar. Beliau merupakan setiausaha  BAKTI. Selain dari itu beliau menyeru kepada ibu bapa penjaga agar memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak Maahad untuk mengurus dan menyelia anak-anak menurut budaya Maahad ini bagi membentuk pelajar yang taat kepada Allah dan Rasullullah.

Menyusul kemudian, ucapan perasmian oleh A.F. Ustaz Haji Sukri bin Haji Khaidir selaku Mudir Maahad Tahfiz Al Akhlak Al Islamiah. Mengucapkan berbanyak terima kasih atas kehadiran ibu bapa penjaga dan penghargaan kerana kepercayaan yang diberikan. Memohon maaf kerana agak kekurangan masa untuk berdamping dengan para pelajar kerana kesibukan beliau di sekolah. Insyallah berkat rahmat dan limpahan kasih sayang Allah beliau akan menumpukan sepenuh masa  dengan Maahad menjelang 2012. Beliau juga menyeru agar ibu bapa penjaga,  menyembung kesinambungan usaha sekolah untuk mendidik pelajar cinta al quran dan cinta Rasullullah. "Ibu bapa penjaga perlulah memberikan perhatian kepada anak-anak ketika mereka balik bercuti dirumah. Memelihara pandangan mereka, pendengaran mereka, mulut mereka dari perkara-perkara yang lagha dan boleh mendatangkan dosa" ujar beliau.

Majlis ditamatkan dengan sesi Ibu Bapa Penjaga bertemu guru kelas masing-masing bagi menerima Laporan Kemajuan Pelajar Tahfiz anak masing-masing.

JADUAL CUTI AWAL RAMADHAN 1432H

Sempena menyambut ketibaan Ramadhan al-mubarak 1432H, 
sekolah akan bercuti selama 5 hari bermula 29hb Julai 2011
sehingga 02hb Ogos 2011

Ibu bapa yang menghantar anak pada 02hb Ogos 2011 dipersilakan
ke Majlis Berbuka Puasa pada hari berkenaan di perkarangan
kantin sekolah.

PROGRAM MOTIVASI TAHFIZ

TARIKH 02-07-2011 (SABTU)

SDR.MOHD AZHAR BIN BAHARI
PENGARAH,
 PUSAT PENGEMBANGAN ILMU MTAA
( SIKAP POSITIF-MANUSIA BERUNTUNG)
7.30-9.00 MALAM

USTAZ MOHD HURI AL-HAFIZ
(IMAM MASJID PANGKALAN HULU)
MOTIVASI HAFAZAN AL-QURAN
9.30-10.30 MALAM