PANDANGAN FUQAHA TENTANG TANAH WAQAF

Para ulama bersepakat menyatakan bahawa pewakaf mempunyai bidang kuasa yang luas untuk melantik sesiapa sahaja bagi mentadbir dan menguruskan harta wakafnya. Pewakaf boleh melantik dirinya sendiri sebagai pemegang amanah atau menyerahkan amanah ini kepada orang yang menerima wakaf, atau selain daripada keduanya. Jika sekiranya pewakaf meletakkan sesuatu syarat kepada mereka yang dilantik, maka pemegang amanah itu hendaklah melaksanakan syarat dan mematuhi segala ketetapan yang dibuatkan oleh pewakaf. sebaliknya, jika pewakaf tidak menentukan kepada mana-mana pihak untuk menguruskan harta wakafnya, maka pihak hakim atau kerajaan yang akan menentukannya.

Ini adalah pandangan ulama mazhab Maliki dan ulama mazhab Syafi‘i. Namun kebanyakan fatwa menyebutkan bahawa wakaf bagi tujuan umum atau tujuan khusus yang ditentukan, hak untuk mentadbir harta berkenaan adalah di tangan hakim.
Pada pandangan mazhab Hanbali, sekiranya pewakaf telahpun menentukan secara khusus pihak yang akan menerima wakaf dan setiap mereka ada bahagiannya, maka penerima wakaf itu sendiri adalah pemegang amanah bagi tanah yang diwakafkan kepadanya. Berbeza dengan tanah wakaf Am yang tidak ditentukan penerima wakafnya seperti wakaf untuk masjid, fakir miskin, maka hakim atau pembantunya selaku nazir atau pemegang amanah ke atas harta berkenaan.
 
Terdapat juga pandangan fuqaha Hanbali bahawa hak pengawalan harta tersebut adalah tertakluk kepada mereka yang menerima wakaf, sekalipun tidak disyaratkan. Menurut mazhab ulama Hanafi, pewakaf adalah pihak yang bertanggungjawab terhadap apa jua urusan ke atas harta yang diwakafkan, sama ada wujudnya syarat atau sebaliknya. Kemudian berpindah kepada orang yang diwasiatkan oleh pewakaf jika ada. Jika tidak hakim akan mengambil alih tugas tersebut. 

Pandangan ini merujuk kepada konsep wakaf  itu sendiri bahawa hak milik harta yang diwakafkan tetap kekal di tangan pewakaf. Manakala pandangan yang mengatakan bahawa pihak yang menerima wakaf akan menjadi pentadbir dan bertanggung jawab sepenuhnya terhadap harta berkenaan, kerana sesuatu yang diwakafkan itu tidak lagi menjadi miliknya. Maka kuasa mentadbir akan terserah kepada orang yang diwakafkan atau kepada kadi.
Bagi mazhab Hanafi, pewakaf adalah pihak utama yang memegang kuasa pelantikan pentadbir yang difikirkan sesuai dan layak untuk mentadbir harta wakafnya. Pihak lain tidak boleh mencampuri urusan ke atas harta tersebut. Ini bermakna urusan pentadbiran harta wakaf adalah masih tertakluk kepada pemilik harta berkenaan atau pewakaf, selama dia masih hidup. Peranan pentadbir hanyalah sebagai wakil kepada pewakaf dan pewakaf boleh menggugurkan jawatan atau hilang kelayakan pentadbir tersebut jika difikirkan tidak sesuai. 
BIDANGKUASA PENTADBIR HARTA WAQAF
Seseorang yang dilantik sebagai pentadbir harta wakaf hendaklah menjalankan amanah dan melangsungkan syarat-syarat atau niat dikenakan oleh pewakaf selagi syarat tersebut tidak bercanggah dengan hukum syarak. Berikut ialah beberapa perkara yang tidak boleh dilakukan oleh pentadbir dan menjamin harta wakaf daripada disalahgunakan:
i.    Tidak boleh disewa atau dipajak oleh pentadbir sendiri
ii.   Tidak disewa dari kalangan ahli keluarga sendiri pewakaf dan pentadbir terlibat sama dalam urusan tersebut, kecuali dinaikkan harga dari harga pasaran
iii.  Harta wakaf tidak boleh digadai jika keadaan ini boleh menjejaskan pendapatan biasa yang diterima oleh pewakaf
iv.  Pentadbir harta wakaf tidak boleh sama sekali mengubah syarat tanah dari tanah pertanian kepada tanah perusahaan atau sebaliknya kecuali dengan persetujuan daripada kerajaan
v.  Pentadbir tidak boleh memberikan harta wakaf kepada pihak lain sebagaimana yang ditetapkan oleh pewakaf
vi. Arahan daripada pihak penerima wakaf tidak boleh dijadikan alasan untuk menukar atau meminda apa-apa syarat kecuali jika ada alasan yang munasabah demi menjaga kebajikan dan masa depan harta itu sendiri.

SHEIKH ZUBEIR AL-FILFULANI - MADRASAH AL-AKHLAK AL-ISLAMIAH - 1946-1948

Sejak usia sekitar tujuh tahun lagi Zubeir bin Ahmad memasuki salah sebuah Madrasah Islamiyah di negerinya. Pendidikan ilmu-ilmu asas seperti fiqh, akidah, tilawah al-Quran dan lain-lain dipelajarinya sejak usia tersebut. Pada tarikh 10 Muharam 1339 H/23 September 1920 M, Zubeir melanjutkan pelajarannya di Madrasah Al-Masyhur Al-Islamiyah di Pulau Pinang.

Beliau belajar daripada Syeikh Abdur Rahman Firdaus al-Makki, Syeikh Muhammad Radhi al-Makki, Saiyid Ahmad Dahlan al-Makki, Syeikh Abdullah al-Ghadamsi al-Maghribi, Syeikh Tahir Jalaluddin al-Minankabawi al-Falaki dan Syeikh Husein Rafi'. Zubeir tamat belajar di madrasah tersebut pada bulan Syaaban 1342 H/Mac 1924 M. Kemudian beliau bersama kawan-kawannya melanjutkan pelajaran ke Mekah. Mereka ialah Ali Manshuri, Ahmad Manshuri, Ishaq Zain dan Abdul Majid Husein.

Sampai di Mekah mereka tinggal bersama Syeikh al-Qadhi Ahmad Qari. Mereka tiba di Mekah pada malam awal bulan Ramadan 1342 H/5 April 1924 M.

Pada bulan Syawal 1342 H/Mei 1924 M, Zubeir dan rakan-rakannya memasuki Al-Madrasah Hasyimiyah Syarif Husein bin Ali. Mereka mendapat pendidikan khusus daripada lima ulama iaitu Syeikh Umar Ba Juneid, Syeikh Jamal al-Maliki, Syeikh Habibullah asy-Syanqithi, Syeikh Muhammad Zaidan asy- Syanqithi dan Syeikh Umar Hamdan al-Mahrasi.

Pada tahun 1344 H/1925 M mereka sempat belajar di Madrasah Ash-Shaulatiyah sehingga mereka keluar dari madrasah itu pada tahun 1349 H/ 1930 M. Sewaktu di Madrasah Ash-Shaulatiyah itulah barangkali Zubeir mula bersahabat dengan Saiyid Muhsin bin Ali al-Masawi al-Huseini yang memasuki Madrasah Ash-Shaulatiyah tahun 1341 H/1923 M.

Para gurunya di Madrasah Ash-Shaulatiyah ialah Syeikh Salim Rahmatullah, Syeikh Mahmud Arif al-Bukhari, Syeikh Abdul Lathif al-Qari, Syeikh Hasan bin Muhammad al-Masyath, Syeikh Mukhtar Makhdum, Syeikh Abdullah al-Bukhari.

Selain mendapat pendidikan di madrasah, Zubeir juga mendapat pendidikan di Masjid al-Haram dan dengan ulama-ulama tertentu di rumah. Di antara guru beliau yang dapat dikesan ialah Syeikh Sa'id Yamani, anaknya Syeikh Hasan Yamani, Saiyid Abdullah Shalih az-Zawawi, Syeikh Muhammad Ali al-Maliki, Saiyid Shalih Syatha, Syeikh Muhammad al-Arabi at-Tubbani dan ramai lagi.

Daripada senarai nama para guru sejak dari Pulau Pinang hingga pendidikan di Mekah tidaklah diragui bahawa Syeikh Haji Zubeir adalah seorang putera Pulau Pinang yang cukup banyak mengumpulkan ilmu pengetahuan dalam berbagai-bagai bidang.

Madrasah Dar al-Ulum

Setelah tamat belajar di Madrasah ash-Shaulatiyah Syeikh, Zubeir menjalankan aktiviti mengajar di rumah dan di Masjid al-Haram, Mekah. Beliau mengajar ilmu-ilmu alat dan fiqh dalam Mazhab Syafie. Dalam Tasynif al-Asma juga disebut bahawa pada tahun 1352 H/1933 M, Syeikh Haji Zubeir berkongsi mengasaskan Madrasah Dar al-Ulum ad-Diniyah di Syu'ib 'Ali, Mekah.

Saiyid Muhsin bin Ali al-Masawi al-Huseini selaku pengasas Dar al-Ulum ad-Diniyah itu bertindak sebagai Mudir yang pertama manakala Syeikh Haji Zubeir adalah Naib Mudir.

Saya tidak mengetahui sumber mana yang digunakan oleh Mohammad Redzuan sehingga dalam beberapa perkara terdapat perbezaan pendapat. Menurut beliau, selain Syeikh Haji Zubeir sebagai Mudir pertama Madrasah Dar al-'Ulum ad-Diniyah, disebutnya pula yang berusaha mengasaskan madrasah itu ialah Haji Abdul Majid Zainuddin. Haji Abdul Majid Zainuddin tersebut dikatakan meletakkan batu asas. Menurutnya lagi, bangunan untuk madrasah memulakan pengajian telah diwakafkan oleh Toh Puan Sharifah, iaitu isteri kepada Datuk Panglima Kinta (kertas kerja hlm. 7).

Saiyid Muhsin bin Ali al-Masawi al-Huseini meninggal dunia pada 1354 H/1935 M. Tempatnya sebagai Mudir Madrasah Dar al-Ulum ad-Diniyah diganti oleh Syeikh Haji Zubeir hingga tahun 1359 H/1940 M. Pada tahun yang sama, beliau pulang ke Malaysia setelah lama mengajar di Mekah dan mempunyai ramai murid.

AKTIVITI DI MALAYSIA


Setelah berada di Malaysia Syeikh Haji Zubeir seperti biasa bergiat dalam bidang pendidikan. Di antara madrasah-madrasah tempat beliau mengajar ialah Madrasah al-Huda, Madrasah al-Ulum asy-Syar'iyah, Madrasah al-Akhlaq al-Islamiyah, Masjid Tinggi, Bagan Serai. Terakhir sekali menjadi Mudir Madrasah al-Idrisiyah. Madrasah al-Idrisiyah mempunyai sejarah yang panjang dan tersendiri.

Mengenai Madrasah al-Ulum asy-Syar'iyah, berdasarkan buku Madrasah Al-Ulum Al-Syar'iyah Perak 1937 - 1977 oleh Sabri Haji Said, terbitan Dewan Bahasa dan Pustaka, 1983, madrasah yang terletak di Batu 20, Bagan Datoh, Perak itu sejak mulai berdirinya mendapat sumbangan daripada Syeikh Haji Zubeir.

Bahawa terbinanya Madrasah al-Ulum asy-Syar'iyah adalah hasil inisiatif Haji Muhammad Arsyad bin Haji Muhammad Saleh. Menurut Sabri, penubuhan madrasah itu diadakan di Masjid Bagan Pasir dengan dipengerusikan oleh Syeikh Haji Zubeir bin Haji Ahmad pada 21 Oktober 1937 (Sabri, hlm. 32).

Nama madrasah itu diberi oleh Haji Muhammad Arsyad setelah berbincang dengan Syeikh Haji Zubeir bin Haji Ahmad (hlm. 33). Mudir Madrasah al-Ulum asy-Syar'iyah ialah Haji Muhammad Arsyad. Syeikh Haji Zubeir bin Haji Ahmad pada zaman penjajahan Jepun buat beberapa ketika pernah sebagai Wakil Mudir (hlm. 141).

Penglibatan Syeikh Haji Zubeir dalam Madrasah al-Akhlaq al-Islamiyah, Masjid Tinggi, Bagan Serai pula ialah beliau mengajar di madrasah tersebut pada 1946 hingga 1948.

Madrasah al-Akhlaq al-Islamiyah sangat erat hubungannya dengan Madrasah al-Ulum asy-Syar'iyah kerana didirikan oleh Haji Abdur Rahman bin Haji Arsyad pada tahun 1943. Haji Abdur Rahman ini ialah keluarga Dato' Haji Hasan Adli, seorang tokoh terkenal.
Rasanya riwayat ini tidak sempurna jika tidak menceritakan madrasah tersebut yang dianggap sebati dengan beberapa orang mudirnya, antaranya ialah Syeikh Haji Zubeir yang diriwayatkan ini. Madrasah al-Idrisiyah diasaskan pada tahun 1340 H/1922 M dekat Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar, Perak.

Madrasah tersebut didirikan berikutan titah Sultan Idris I Al-Mursyidul A'zam Syah, Sultan Perak pada zaman itu. Baginda menitahkan dibina madrasah itu kepada Tuan Guru Syeikh Haji Nawawi bin Haji Tahir. Senarai Mudir yang pertama Madrasah al-Idrisiyah hingga ulama yang diriwayatkan ini susunannya adalah seperti berikut: Haji Muhammad bin Haji Muhammad Saleh, berkhidmat (1922 - 1928), Syeikh Abdullah al-Maghribi (1928 - 1932), Syeikh Haji Abdullah Fahim (1932 - 1948) dan Syeikh Haji Zubeir bin Haji Ahmad 1948 - 1975).
 BERSAMA PENANUNG MAAHAD TAHFIZ AL-AKHLAK AL-ISLAMIAH
DATO' SHEIKH MOHD.NUR MANSUR AL-HAFIZ

DISIPLIN PELAJAR MAAHAD



 PERATURAN ASRAMA


 MAAHAD TAHFIZ AL-AKHLAK

 Disiplin & peraturan

 Disiplin ialah
-kebolehan seseorang / individu mengikut peraturan
-kebolehan seseorang / individu menunjukan etika yang baik
-kebolehan seseorang / individu mempratikkan nilai-nilai murni
-kebolehan seseorang / individu mengawal disiplin diri
1.       seperti mengatakan tidak kepada ajakan-ajakan rakan
2.       menepati masa-sekolah, belajar, gotong royong
3.       bertanggungjawab
4.       meletakkan ilmu adalah tujuan utama datang ke   
          sekolah
5.       membezakan yang salah dengan yang betul
6.       dapat mengandaikan kesannya jika melanggar disiplin
7.       menanamkan semanggat belajar yang tinggi
8.       mempunyai cita-cita
9.       tidak menghampakan ibu bapa serta keluarga

Peraturan
Penyataan umum / khusus yang dibekalkan oleh pihak Maahad atau digubal oleh sesuatu organisasi mengikut situasi setempat yang harus diikuti oleh setiap individu atau orang lain yang berada di kawasan tersebut. Ianya meliputi larangan-larangan atau penyataan-penyataan yang berbentuk pesanan agar semua pihak yang berada / tinggal di kawasan tersebut berasa selamat, gembira, ceria dan seronok.
Peraturan berkait rapat dengan disiplin. Kalau peraturan-peraturan dipatuhi sepenuhnya ini akan mencerminkan disiplin seseorang individu itu terpuji.
Jika peraturan ini dilanggar / tidak diikuti / ini mencerminkan disiplin seseorang itu teruk dan individu itu akan diberi tindakan disiplin.   
 Peraturan asrama
Segala peraturan berikut berkuatkuasa sebaik sahaja seseorang pelajar melaporkan diri untuk tinggal di asrama. Pelajar yang didapati tidak mematuhi mana-mana peraturan boleh dikenakan tindakan yang sewajarnya oleh pihak Maahad.
 Pendaftaran
1.  Tinggal diasrama adalah satu kemudahan yang diberikan oleh pihak sekolah kepada pelajar.
2.  Pelajar wajib mendaftarkan diri sebelum dibenarkan tinggal di asrama.
3.  Jangan ubahsuai/memindahkan/menulis/merosakkan apa-apa peralatan yang telah dibekalkan di asrama.
4.  Sekiranya terdapat kerosakan pada peralatan yang digunakan sila laporkan kepada waden asrama masing-masing.
5.  Pelajar dilarang bertukar asrama/bilik tidur/tidur di asrama lain tanpa kebenaran waden.
 Tingkahlaku dilarang
6.  Merokok/berjudi/menghidu gam/membawa dan meminum minuman keras/ benda & senjata tajam/alatan elektrik dan lain-lain yang difikirkan boleh mengancam keselamatan adalah dilarang sama sekali (rujuk jenis dan kod salahlaku kpm)
7.  Membuat sambungan litar tambahan pada mana-mana peralatan elektrik adalah dilarang.
8.  Lilin/mancis/mercun dan bahan bakar yang lain adalah dilarang penggunaannya.
9.  Pelajar dilarang membawa makanan ke asrama.
10.Amalkan sikap menghormati orang lain. Elakkan bising yang keterlaluan seperti menjerit, menyanyi, bermain di dalam bilik, mengetuk katil/almari sehingga boleh mengganggu orang lain.
 Kebersihan
11.Pengawas bilik mesti menyediakan jadual bertugas dibilik asrama masing-masing.
(jadual bertugas dan carta organisasi bilik wajib dipamerkan)
12.Pelajar yang telah ditugaskan, perlu bertanggungjawab terhadap tugas yang telah diamanahkan kepadanya.
13.Pelajar harus menjaga kebersihan bilik & kawasan asrama (tandas & bilik mandi).
14.Kawasan tempat tidur/kasut/selipar/penyapu harus kemas & tersusun rapi.
15.Sampah dalam tong sampah hendaklah sentiasa dibuang di tapak pembuangan sampah.
16.Pakaian haruslah dijemur pada ampaian yang telah disediakan. pelajar dilarang menyidai pakaian yang basah di dalam bilik.
17.Pelajar wajib menyertai go-ro (gotong royong) asrama mengikut arahan warden.
  Lampu asrama
18.Adalah tanggungjawab penghuni asrama/pengawas memastikan suis lampu ditutup apabila meninggalkan asrama/bilik. (jimat elektrik)
19.Tidur malam lampu perlu dipadamkan jam 10.00 malam. pelajar dilarang berkeliaran dikawasan asrama/kelas dan lain-lain tempat selepas jam 10.00 malam tanpa kebenaran/penyeliaan guru/waden.
 Sakit
20.Pelajar yang sakit perlu mendapatkan rawatan dengan berjumpa penyelia asrama/waden/guru. jangan mendiamkan diri.
21. Jangan menghalang kedua-dua pintu keluar di bilik asrama.
22. Susun katil/almari dengan  teratur tanpa menghalang laluan.
23.Laporkan sebarang kerosakan(suis, litar elektrik dll)/kejadian yang berlaku kepada waden bertugas dengan segera.
24.Pelajar dilarang membawa kenderaan ke asrama.
25.Membawa barang-barang berharga (emas/perak) adalah dilarang sama sekali.
26.Amalkan tingkahlaku yang sopan dari segi berpakaian. penggunaan seluar jean adalah dilarang.
27.Pastikan almari dikunci, duit/kad pengenalan dibawa bersama setiap kali anda keluar dari asrama.
 Belajar malam
28.Masa belajar malam ialah bermula dengan solat Maghrib berjemaah.
29.Pelajar asrama wajib belajar malam di kelas yang telah ditentukan. Elakkan bertukar kelas tanpa kebenaran waden.
30.Amalkan etika yang baik semasa belajar dengan suasana yang senyap dan tanpa pergerakan.
31.Gunakan waktu belajar malam untuk membuat latihan /hafalan / mengulangkaji. (ilmu pelita hidup)
 Makan/minum
32. Waktu makan di dewan kantin seperti jadual yang disediakan.
Jenis-jenis salahlaku
a: Tingkahlaku jenayah
1.       berjudi
2.       mencuri
3.       melawan/mengancam/memukul guru
4.       melawan/mengancam/memukul pengawas
5.       melawan/mengancam/memukul murid lain
6.       memeras ugut
7.       membuli
8.       mengotai kumpulan haram/kongsi gelap
9.       menyalahgunakan dadah
10.  membawa senjata membahaya
11.  mencabul kehormatan
12.  menceroboh bilik khas/kedai/koperasi/asrama/pejabat
13.  menunjuk perasaan
14.  bertaruh secara besar-besaran
15.  bertumbuk /berkelahi
16.  menghidu gam / liquid

b: Tingkahlaku lucah
1.    bercumbu-cumbuan
2.    berkhalwat
3.    menceroboh asrama perempuan/lelaki
4.    membawa bahan-bahan lucah
5.    mengintai murid perempuan/lelaki
6.    menggunakan kata dan perbuatan lucah
7.    melukis dan menulis kata-kata lucah
8.    berdua-duaan (bercinta)

c: Kekemasan diri
1.    berambut panjang/berfesyen/berwarna
2.    berkuku panjang
3.    bermisai/berjangut
4.    memakai pakaian yang tidak mengikut peraturan sekolah
5.    memakai barang perhiasan/anting/emas/perak
6.    mencukur bulu mata/kening

d: Tidak memetingkan masa
1.    berkeliaran di kawasan sekolah
2.    datang lewat ke sekolah
3.    lewat ke perhimpunan
4.    makan dikantin diluar waktu rehat
5.    lewat pulang ke arsama

e: Tingkahlaku kurang sopan/biadab
1.    berkelakuan kasar terhadap guru
2.    berkelakuan kasar terhadap pengawas
3.    berkelakuan kasar terhadap murid
4.    berbahasa kesat
5.    menyimpan rokok
6.    menghisap rokok
7.    mengganggu pelajaran dan pembelajaran
8.    tidak menghormati guru
9.    ingkararahan guru/pengawas

f: Tingkahlaku musnah
1.    merosakkan hartabenda sekolah/ guru/asrama/murid/kantin

g: Ponteng
1.    ponteng kelas
2.    ponteng sekolah
3.    ponteng perhimpunan
4.    ponteng kegiatan kokurikulum/aktiviti luar bilik darjah
5.    ponteng ujian
6.    ponteng peperiksaan
7.    ponteng belajar malam
8.    ponteng gotong royong asrama

Tindakan-tindakan yang dikenakan kepada pelajar yang melanggar disiplin

1.    teguran lisan/bertulis (rekod disimpan)
2.    hantar ke unit bimbingan dan kaunseling (rekod)
3.    amaran (ibu bapa dipanggil) (rekod) – ssdm
4.    rotan 1 kali (ibu bapa dipanggil) (rekod) 
5.    rotan 2 kali (ibu bapa dipanggil) (rekod) 
6.    rotan 3 kali (ibu bapa dipanggil) (rekod) 
7.    gantung asrama (pelajar asrama) (ibu bapa dipanggil)-(rekod) 
8.    gantung sekolah (ibu bapa dipanggil) (rekod) 
9.    buang asrama (pelajar asrama)-tak layak tinggal di asrama tahun akan datang 
10.  panggil polis – mencuri, menghidu gam, dadah, berkelahi, peras ugut (buli) 
11. kes kerosakan – pelajar dikehendaki membayar kos (harga) barang yang rosak, bayar kos pengangkutan, bayar kos pembaikan.

adap sopan
1.Hendaklah berbaris apabila mengambil makanan. (elakkan dari berebut-rebut).
2.Gunakan pakaian yang sesuai, bersih dan kemas. (topi, singlet,baju nipis dan berlubang dilarang)
3.Pelajar yang berpeluh, kotor selepas bersukan tidak dibenarkan masuk ke dewan makan.
4.Tanggalkan kasut/selipar di luar dewan apabila hendak masuk ke dewan makan.
5.Elakkan membuat bising, berteriak, mengetuk pinggan dan meja di dewan.
6.Elakkan membazir dan ambil makanan mengikut kemampuan selera.
7.Jangan membaling dan menyebarkan makanan merata tempat.
 Kebersihan
8.  Mana-mana guru/pelajar yang menggunakan dewan seperti perjumpaan kelab, rumah sukan, kelas-kelas peperiksaan, taklimat, jamuan dan sebagainya harus memastikan sampah dibersihkan dan susun kerusi meja dalam kedudukan asal sebelum meninggalkan dewan.
9.  Jangan meludah di dalam dan di luar kawasan dewan.
10.Bersihkan tangan dan alatan (pinggan, sudu dan cawan) terlebih dahulu sebelum makan/mengambil makanan.
11.Jangan membuang sisa makanan ke bawah lantai. eloklah dikumpulkan di atas meja dan dibuang di tempat khas yang telah disediakan di luar dewan.
12.Kelas bertugas membersihkan dewan wajib menjalankan kerja pembersihan pagi, tengahari dan petang.

 lain-lain
13.Membawa makanan ke asrama adalah dilarang sama sekali.
14.Lampu/kipas hendaklah sentiasa ditutup selepas meninggalkan dewan.
15.Semua pelajar bertanggungjawab memastikan agar peralatan di dewan (pintu, meja, lansir dan kerusi dewan) dalam keadaan yang teratur dan sempurna
16.Pengawas dewan makan harus memastikan pembersihan dewan dijalankan dengan sempuna.
17.Pengawas dewan makan perlu melaporkan segala tingkahlaku yang kurang sopan oleh pengguna dewan kepada waden bertugas.

Keselamatan diri
1. Pastikan anda ada kebenaran daripada pihak sekolah/waden.
(isi borang kebenaran keluar/ ditandatangani buku/kad keluar)
2.  Pelajar wajib meningggalkan buku/kad keluar pada pondok jaga. apabila balik ke sekolah ambil semula.
3.  Wajib keluar @ berjalan secara bertiga atau berkumpulan. (elakkan keluar berseorangan).
4.  Elakkan menumpang kereta/motorsikal orang yang tak dikenali.
         (jangan mudah diajak/dipelewa/terpedaya).
5.  Jika melintas jalan, pastikan melihat kiri dulu, kemudian kanan dan lihat kiri sekali lagi. (sentiasa berwaspada).
  Keluar ke pasar
6.  Pelajar dibenarkan keluar ke pasar pakan pada pagi ahad (jam 7. 00 pagi – 11.30 pagi) minggu tidak balik kampung dengan menggunakan pakaian seragam sekolah.
7.  Pelajar yang memerlukan rawatan di klinik desa pakan juga wajib menggunakan pakaian seragam sekolah serta membawa bersama kad perubatan serta memberitahu waden bertugas.
 Balik kampung pelajar asrama
8.Pelajar asrama balik kampung sebulan sekali dengan berjubah.

LEMBAGA DISIPLIN MAAHAD