KUNJUNGAN MAHABBAH KA BANJARMASIN






Pada tanggal 18 hingga 25hb. Disember 2010, Pengerusi, Tim. Pengerusi dan Bendahari telah membuat kunjungan mahabbah ka Kalimantan Selatan ( Banjarmasin )

Huffaz Masa Hadapan


Gambar di atas merupakan antara pelajar di Maahad Tahfiz Al-Akhlak Al-Islamiah di Masjid Tinggi, Bagan Serai, Perak buat masa sekarang. Kebanyakan pelajar berusia dalam lingkungan 13 dan 14 tahun.
Setiap hari, seusai solat subuh, mereka memulakan pagi mereka dengan menghafaz serta mengulang ayat suci al-Quran. Suasana sebegini mungkin tidak dapat dikecapi bagi kebanyakan pelajar yang seusia mereka. Lidah mereka sentiasa dibasahi alunan zikir memuji Ilahi. Alhamdulillah. Diharapkan agar mereka inilah yang akan menjadi peneraju agama di masa akan datang nanti. InsyaALLAH. Sama- sama kita doakan.

Catatan Perjalanan Dalam Bahasa Banjar

ZIARAH SILATUR-RAHMI 1431H KA PATTANI THAILAND 26-28 Ramadzan

Muqaddimah.


Lumus satahun baganti tahun kada karasanan masigit Al-Athar Masigit Tinggi sudah manalo kali maundang imam Taraweh nang hafiz quran ma-imami sumbahyang sunat Taraweh disia. Sakali sabakas hati taguritik jua handak umpat manjanguk banua jiran sasama Islam, kayapa nang disambat-turang Wilayah Islam Pattani. Suah pang bahari, tu gin sahibar lalu haja matan Sungai Golok ka Padang Basar barantat satumat makan tangahari di Pattani. Tagal tiga puluh tahun bahari, makanya kada sama kalo awan kaadaan damini. Waheni banyak kisah nang didangar manganai parjuangan pamisah Islam awan soldadu parut lilit biru Thai atawa Siam. Nyaman di sambat partantangan agama diantara Islam awan Buddha. Paristiwa pambunuhan di Masigit Garisik 2004.

Limbah saminggu bamula Ramadzan 1431 Hijriah, hati pina handak banar tulak maantarakan imam Ustaz Tuwema Al Hafiz mantuk ka tanah banyu ka wadah mintuhanya nya di Bekor, Sai Buri di wilayah Pattani. Kabulujuran pulang cuti sakulahan taawal sadikit tahun nini. ( saminggu ) Takacak pandir awan bubuhan nang sudah suah ka Banjarrmasin tahun 2009 . Mulaan, pacangannya handak tulakan 2 bigi van. Sudah ditantowakan tiga balas urang sunyaannya. Dua minggu limbahitu batujuh nang ‘batajun’ tinggal lagi baanam. Rahat panantuan handak maurus pangangkutan saikung lagi lucung. Kapiyaannya tinggal balima jua pang. Balima nang bubuhan Malaysia bakal maanjurakan mantuk Ustaz Tuwama Al-Hafiz, nang bini awan anak halui hanyar rahat bisa bacaca basurah.

1. Hj. Jamaludin b. Asaari
2. Hj.Maslan @ Baharuddin b. Hj. Hassan
3. Cikgu Jaafar b. Saad
4. Sdr. Zuwairi b. Kamarudin
5. Sdr. Azilan b. Sulaiman

Nang balima nih masing-masing ada carita saurang. Banganga haja muntung bapadah handak ka Siam banyak mamangan bini di rumah, banyak pasanan uma ayah. Kayapa gin Insya Allah kita tulakan jua basangu tawakkal mudahan salamat tulak, salamat pulang mantuknya kaina. Jamaah di masigit gin kaitu jua, INSYA ALLAH ...

WILAYAH @ CHAWAT NANG SAWAT DI TULAKI
5 Sap. 2010 – 9.00 pagi matan Masigit Tinggi – Bukit Kayu Hitam – Danok - Sadao – Pattani – Sai Buri – Ban Bekor –( Kampong bini Ustaz Tuwema Al Hafiz ) – Yala – Songkhla – Hatyai.
Sampai di wadahnya limbah urang talah babuka puasa Jam 7.45 waktu Malaysia ( 6.45 waktu Thai )
Kami solat Maghrib dahulu. Hujan sing labatan di tangah jalan. Sampai di rumah magun hujan paripisan lagi. Hidangan manyalirakan, parut lapar awak pulang uyuh. Sup hayam kampong ala China, solok, iwak kali masak paprik. Babuka awan nasi Bukhari, dinihari nasi putih lauk talapia, hundang wan sup. Banyu hijau ...ulun biasa awan ‘ nam ron ‘ ( banyu panas )

Pattani ni andaknya diantara utara Samananjung Malaysia awan pantai Taluk Thailand di subalah salatan Thai. Nang di bahagian salatan ni buminya bagunung-ganang cucuk gasan tarikan wisata ilah taman nagara Budo - Sungai Padi di parbatasan wilayah Yala wan Narathiwat. Di sia, tadapat pupuhunan nang balainan ilah palma Bangsoon wan rotan Takathong ( walatong kalo ujar Banjar ). Di kawasan parbatasan awan Songkhla awan Yala pulang tadapat sabuah taman rimba nang takanal awan banyu tarajunnya, Namtok Sai Khao
Sajarah Pattani ( Pantai ni )

Pada asalnya bahari, Pattani ni adalah sabuah karajaan Malayu Islam nang banaung di bawah pangaruh karajaan Mogul malalui Ayutthaya. Limbah Ayutthaya alah pada tahun 1767 Pattani manjadi mardika lamun kambali ka Siam Dinasti Chakri, rahat pamarintahan Raja Rama I dangan bantuan British. Pada 1909, Siam manakluki Pattani akibat parjanjian yang diulah awan Ampayar British. Narathiwat wan Yala ditadbirkan sacara baasingan. Di Yala ada sabuah pargarakan pamisah Patani nang baasa aktif pada 2004 limbah lawas bahinip. Pagarakan pamisah ngini tarus-tarusan manuntut kamardikaan Pattani Darussalam, tida gin bagabung haja langsung awan Malaysia.

Depan Masjid Pattani

Pantai Songkhla

Peta daerah Pattani

Lawatan ke Yala pusat gerakan dakwah Selatan Thailand




KEM CUTI SEKOLAH (Tilawah Al-Quran dan Smart Solat)

Maahad Tahfiz Al-Akhlak Al-Islamiah akan mengadakan program Kem Tilawah Al-Quran dan Smart Solat sempena cuti sekolah pada bulan Jun ini. Program yang akan dilaksanakan akan bermula selama 5 hari (harian) iaitu bermula dari 6 Jun sehingga 10 Jun terbuka kepada pelajar sekolah rendah dan menengah. Objektif diadakan kem cuti sekolah ini adalah untuk melancarkan bacaan Al-Quran berserta Tajwid serta mempraktikkan amlan solat dengan sempurna. Sehubungan dengan itu, kepada para pelajar dan ibu bapa yang berminat, boleh menghubungi pihak Maahad Tahfiz Al-Akhlak Al-Islamiah di Talian Seperti di bawah.:

  1.  05- 721 9745 (Pejabat), 
  2. 019-5446434 (Ustaz Sukri)
  3. 012-5823272 (Mohamad Zuwairi)
  4. 019-4360445 (En. Jaafar)
  5. 013-5139918(En. Azhar)
Yuran yang dikenakan adalah RM Tiga Puluh Ringgit (RM 30.00). Program yang dilaksanakan adalah secara harian yang mana ibu bapa perlu menghantar anak-anak sebelum jam 8.00 pagi.Borang penyertaan boleh didapati di Pejabat Maahad atau mendaftar secara SMS ke nombor-nombor yang tertera di atas dengan menyatakan nama, umur dan alamat.

Majlis Doa Selamat

Satu majlis bacaan doa selamat dan jamuan telah diadakan pada hari Jumaat yang lalu (12.02.2010) sempena keberangkatan Timbalan Pengerusi Jamaah Pengurusan Maahad Tahfiz, Cikgu Azhar bin Bahari ke London bagi meneruskan pembelajaran beliau di peringkat Doktor Falsafah(PHD).  Pada majlis tersebut beliau telah menyampaikan amanat dan pesanan kepada semua pelajar-pelajar agar sentiasa menjaga disiplin dan keselamatan diri. Beliau juga berharap semasa ketiadaan beliau dalam tempoh lebih kurang sebulan ini, pelajar-pelajar terus menumpukan kepada pembelajaran khusus dalam menguasai sukatan Program 40 Hari yang telah disediakan.

Bagi para pelajar, mereka berharapkan agar Cikgu Azhar berada dalam keadaan sihat dan dapat meneruskan agenda dalam mendapatkan maklumat bagi tujuan pembelajaran dalam PHD.
Timbalan Pengerusi sekarang kat London

Mendidik Generasi Rabbani


Selepas diberi pelepasan untuk kembali ke pangkuan keluarga, kini kesemua para pelajar Maahad telah kembali untuk meneruskan pembelajaran mereka dalam pengajian Al-Quran khususnya memahami serta memperbetulkan bacaan. Selain daripada itu, pengukuhan fardhu ain juga diterapkan kerana ia merupakan keperluan sebagai seorang insan yang beragama Islam.


Para Pelajar sedang menunggu giliran untuk memperdengarkan bacaan

Antara tumpuan yang diberikan oleh guru-guru khususnya dalam enam bulan pertama ialah ilmu Tajwid, dan Fasahah atau kelancaran dalam pembacaan. Manakala dalam pengukuhan fardhu Ain para pelajar didedahkan kepada beberapa perkara asas seperti berikut:

 Doa sebelum dan selepas membaca Al-Quran
 Doa Wudhu’
 Doa Qunut
 Bacaan wirid selepas solat
 Bbacaan doa selepas solat
 Azan dan doa azan
 Bacaan Solat Jenazah
 Ma’thurat dan
 surah-surah lazim (Juzuk ‘Amma)


Naskah Al-Quran (Mushaf) yang digunakan oleh para pelajar sepanjang pengajian

kemampuan pelajar dalam menguasai perkara-perkara di atas akan dinilai oleh guru-guru selepas 40. Ini penting kepada guru-guru untuk mengenalpasti kecekapan yang ada pada setiap pelajar dan pendekatan atau kaedah yang diperlukan bagi membolehkan setiap pelajar menguasai sepenuhknya perkara-perkara asas tersebut.
Untuk memastikan para pelajar berada dalam keadaan bersedia dan cergas, mereka digalakkan untuk mengikuti sesi riadah seperti bermain badminton dan sepak takraw. Ini kerana berdasarkan kepada kajian tokoh-tokoh ilmuan, otak yang cerdas bermula dari badan yang cergas serta pemakanan yang seimbang.


Para Pelajar menjamu selesa (makan Tengahari)

Pada masa kini para pelajar berada dalam situasi kuarantin yang mana keluarga tidak boleh bertemu dengan pelajar-pelajar kerana ini merupakan disiplin bagi mengukuhkan sifat berdikari apabila berjauhan dengan keluarga.

Justeru itu, doa yang berterusan daripada ibu bapa amat diperlukan bagi memastikan para pelajar ini menjadi insan yang cemerlang khususnya dalam mejadi seorang penghafaz Al-Quran.


UCAPAN PENGERUSI JAMAAH PENGURUSAN MAAHAD


MAJLIS PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2010

ASYURA




Sempena 10 Muharram ' kuih ' asyura di sediakan

WADAI KIPING




Menggentel wadai kipin untuk jamuan malam bacaan Yaasin

SULTAN SURIANSYAH


Islam dan Kerajaan Banjar

MEMBAIK PULIH MAAHAD TAHFIZ 2010





Usaha-usaha sedang giat di jalankan bagi membaik pulih bangunan asrama dan surau Maahad Tahfiz.