Majlis Doa Selamat

Satu majlis bacaan doa selamat dan jamuan telah diadakan pada hari Jumaat yang lalu (12.02.2010) sempena keberangkatan Timbalan Pengerusi Jamaah Pengurusan Maahad Tahfiz, Cikgu Azhar bin Bahari ke London bagi meneruskan pembelajaran beliau di peringkat Doktor Falsafah(PHD).  Pada majlis tersebut beliau telah menyampaikan amanat dan pesanan kepada semua pelajar-pelajar agar sentiasa menjaga disiplin dan keselamatan diri. Beliau juga berharap semasa ketiadaan beliau dalam tempoh lebih kurang sebulan ini, pelajar-pelajar terus menumpukan kepada pembelajaran khusus dalam menguasai sukatan Program 40 Hari yang telah disediakan.

Bagi para pelajar, mereka berharapkan agar Cikgu Azhar berada dalam keadaan sihat dan dapat meneruskan agenda dalam mendapatkan maklumat bagi tujuan pembelajaran dalam PHD.

No comments:

Post a Comment