SEKILAS PANDANG ARAH TUJU MAAHAD TAHFIZ






Lahirnya Maahad Tahfiz Al-Akhlak Al-Islamiah adalah atas aspirasi bersama pendokong Madrasah Al-Akhlak Al-Islamiah Masjid Tinggi Bagan Serai Perak. yang merasakan perlunya kepada kesinambungan sistem pondok khusus untuk  masyarakat dan umat Islam di Malaysia juga dinegara serantau. Jika kita menghimbau kembali 40-50 tahun yang silam kita akan menyaksikan senario yang tentu sekali berlainan degan apa yang disaksikan pada hari ini. Mungkin di waktu itu, ibu bapa khususnya masih lagi memandang masa depan sebagai seorang hafiz tidak sesuai untuk anak-anak mereka yang diharapkan untuk terjun ke bidang profesional semata-mata. Ditambah pula dengan sikap prejudis sebahagian warga masyarakat yang memandang bahawa menjadi seorang hafiz sangat kurang potensinya dari sudut kerjaya dan profesionalisma.

Hari ini, keadaan sama sekali sudah berubah. Satu demi satu madrasah-madrasah dan maahad-maahad tahfiz ditubuhkan di serata pelusuk negara ekoran minat yang semakin tinggi di kalangan masyarakat untuk mendalami ilmu al-Quran. Ditambah pula dengan kejayaan generasi huffaz menempatkan diri di tengah-tengah masyarakat bukan sahaja sebagai seorang ulama tetapi tidak kurang juga di bidang-bidang yang dianggap profesional. Lahirnya sistem pendidikan yang menggunakan kaedah serampang dua mata (tahfiz + akademik) yang kita takrifkan sebagai MAAHAD TAHFIZ INTERGRATED. Rekod cemerlang di kalangan masyarakat akhirnya membuka mata dan meruntuhkan tembok prejudis yang terbina selama ini. Bahkan tidak pelik jika hari ini jika solat tarawih di masjid-masjid turut di imamkan oleh para pelajar dari maahad tahfiz.
Bagaimanapun, adakah senario ini akan kekal atau hanyalah merupakan satu perkembangan yang sementara? Ia bergantung kepada bagaimanakah generasi huffaz ini berjaya membawa manfaat kepada masyarakat. Dibimbangi jika generasi huffaz yang saban tahun dilahirkan di tengah masyarakat gagal memainkan fungsi yang sepatutnya, masyarakat akan mengalih semula minat dan arah kepada bidang yang lain.
Oleh yang demikian, di tengah-tengah kemelut moral dan akhlak yang melanda golongan remaja pada hari ini, golongan huffaz wajib berada di tengah-tengah gelanggang masyarakat menghidupkan budaya al-Quran. Ia bukan setakat dibaca, dihafal, dipertandingkan bahkan dihayati makna dan isi kandungannya. Huffaz perlulah menyedari isi kandungan al-Quran yang tersemat di dada-dada mereka bukan sahaja untuk disimpan dan diluahkan ketika tibanya bulan Ramadhan semata-mata tetapi untuk dihidupkan pengajarannya di tengah-tengah masyarakat. Oleh yang demikian, golongan huffaz perlu mengisi ruang-ruang majlis ilmu di masjid-masjid dan madrasah agar masyarakat didekatkan dengan pengajian ilmu al-Quran yang sebenar oleh ahli di dalam bidangnya.
Selain itu, golongan huffaz perlulah mempunyai identiti yang membezakan mereka dari orang lain. Ini kerana apabila seseorang itu dikenali dengan identiti al-hafiz, dengan sendirinya ia akan menjadi perhatian masyarakat. Samada negatif atau positif, bergantung kepada bagaimanakah seseorang hafiz itu berjaya mengekalkan identitinya sebagai seorang penghafal al-Quran.
Akhir sekali, perlulah golongan huffaz menyedari bahawa mereka merupakan pemimpin masyarakat di hari muka. Hari ini, instituti-instituti tahfiz yang berkembang mekar bolehlah diibaratkan seperti benih-benih yang sedang ditanam dan dibaja. Suatu hari nanti ia akan menjadi pokok yang berbuah lebat dan memberikan manfaat kepada masyarakat. Oleh yang demikian, kita menaruh harapan agar ’benih-benih’ generasi huffaz yang sedang disemai pada hari ini suatu hari nanti akan berada di saf hadapan menertajui masyarakat dengan berpandukan sumber wahyu daripada Allah SWT.

Wassalam.
Tinta Pengerusi

BAKAL HUFFAZ - GENERASI AWAL MAAHAD TAHFIZ AL-AKHLAK


MAJLIS PENUTUP PROGRAM MOTIVASI 2012


REKABENTUK MILLENIUM - 2013


JK KUASA PEMBANGUNAN - PRIMA CONSULTANT / DR. A.MALEK / HJ.HUSIN RAIS



MEMBINCANGKAN HALA TUJU PENDIDIKAN
DR.MOHD. AZHAR BIN BAHARI

Persidangan Pengetua-pengetua Maahad Tahfiz Rapatkan Lagi Hubungan Antara Darul Quran dan MTQN

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan kali ke-18 telah diadakan di Hotel Selesa, Johor Bahru, Johor pada 16-18 Mac yang lalu. Persidangan kali ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Johor dengan kerjasama Darul Quran, Jakim. Persidangan yang diadakan dwi tahunan ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Hj. Abdul Rahim Jaafar, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor. Turut hadir dalam majlis ini ialah Y.Bhg Dato’ Hj. M. Tahrir B. Dato’ Hj Samsuddin, Mufti Johor merangkap Lembaga Pengarah Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dan Y.Bhg Us. Mohamed Salleh, Pemangku Ketua Eksekutif MARSAH. 


Semasa merasmikan persidangan ini Tuan Hj. Abdul Rahim Jaafar menyarankan agar semua pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri lebih peka terhadap kepentingan kualiti pengajaran pembelajaran. Beliau berharap agar semua pihak berganding bahu bagi memartabatkan pendidikan Tinggi Tahfiz al-Quran bagi melahirkan generasi al-Quran yang berilmu, berwawasan dan mampu menjadi pemimpin negara yang mempunyai hala tuju yang jelas berteraskan al-Quran dan Sunah. Beliau turut berharap agar persidangan kali ini akan memperkukuhkan hubungan antara Jabatan Agama Islam Johor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, khususnya di dalam bidang Pendidikan Tinggi Tahfiz al-Quran.


Tugas seorang penolong setiausaha dalam menentukan halatuju Maahad. Komited dengan tugas
CIKGU JAAFAR BIN SAAD

 KELEBIHAN AL-QURAN

Al-Quran ialah Kitabullah yang terakhir yang diturunkan kepada Nabi Muhammad s.a.w. Al-Quran merupakan senjata yang paling mujarab yang melimpah ruah, mata air yang tidak mungkin kering, di dalamnya penuh dengan nur hidayah rahmat dan zikir.

Al-Quran diturunkan untuk mengajar manusia tentang pengesaannya kepada Allah (tauhid). Konsep ibadat yang jelas dan menyeluruh agar manusia sentiasa mendapat bekalan yang baru dan segar. Mengajak manusia berfikir tentang ciptaan, pengawasan dan penjagaan yang ditadbirkan oleh yang Maha Agong agar dapat mengenal sifat-sifatNya yang Unggul.

Di dalam Al-Quran dipaparkan juga contoh tauladan dan juga kisah-kisah yang benar berlaku sebelum turunnya Al-Quran dan pada masa penurunan Al-Quran. Dengan itu manusia mendapat pengajaran dan panduan dalam mengharungi kehidupan sebagai muslim yang sejati dan benar dalam semua bidang kehidupan.

Al-Quran menjelaskan juga persoalan tentang akhir kehidupan manusia, situasi terakhir yang akan dirasai oleh manusia sebelum bumi ini dihancurkan oleh Allah untuk bermulanya hari qiamat dan nasib tiap-tiap insan sama ada ke syurga atau ke neraka.

Sebelum Al-Quran diturunkan ada banyak kitab suci dan suhuf yang diturunkan oleh Allah S.W.T kepada nabi-nabi dan rasul-rasulNya. Antara yang termasyhur ialah kitab Zabur yang diturunkan kepada nabi Daud a.s, kitab Taurat yang diturunkan kepada nabi Musa a.s, dan kitab Injil yang diturunkan kepada nabi Isa a.s tetapi tidak syak lagi bahawa Al-Quran adalah kitab yang paling utama dan termulia di sisi Allah S.W.T.

Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah bersabda yang berbunyi:

Dari Aisyah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:
Sesungguhnya tiap-tiap sesuatu itu mempunyai kemegahan yang mana manusia berbangga dengannya dan menjadi kemegahan kebanggaan umatku ialah Al-Quran yang mulia.

Al-Quran terpelihara dan susunannya tidak berubah-ubah dan tidak boleh dipinda atau dihapuskan. Walaupun banyak usaha dilakukan oleh musuh-musuh Islam untuk mengubah dan meminda isi kandungan Al-Quran atau memutar belit ayat-ayat dan surah-surah, setiap kali usaha itu dibuat ia tetap dapat diketahui termasuk juga usaha golongan-golongan kuffar.

Al-Quran adalah satu perlembagaan yang lengkap bagi semua aspek kehidupan, mengandungi semua yang dihajati oleh manusia walaupun sebahagian daripada huraiannya tidak terperinci. Tujuannya Allah menyuruh manusia menggunakan fikiran yang sihat dan sempurna untuk mencari dan mengkaji berpandukan saranan yang diberi oleh Allah S.W.T.

Dalam Al-Quran Allah S.W.T berfirman:

Sesungguhnya telah datang kepada kau cahaya kebenaran (Nabi Muhammad s.a.w) dari Allah dan sebuah Kitab (Al-Quran) yang jelas nyata kebenarannya dengan itu Allah menunjukkan jalan keselamatan serta kesejahteraan kepada sesiapa yang mengikut keredhaanNya dan denganya Tuhan keluarkan mereka dari kegelapan (kufur) kepada cahaya (iman) yang terang benderang dengan izinNya dan dengannya juga Tuhan menunjukkan mereka ke jalan yang betul dan harus.
(Surah Al-Maidah: 14 &15)

Firman Allah S.W.T lagi:

Kitab Al-Quran ini tidak ada sebarang syak padanya dan ianya menjadi petunjuk bagi orang yang bertaqwa.
(Surah Al-Baqarah: 2)

Sebuah hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Abu Zar r.a berkata bahawa beliau meminta Rasulullah s.a.w memberi satu pesanan yang berpanjangan. Rasulullah s.a.w bersabda:
“Semaikanlah perasaan taqwa kepada Allah kerana ia adalah sumber bagi segala amalan-amalan baik. Aku meminta supaya baginda menambah lagi. Tetapkanlah membaca Al-Quran kerana ia adalah nur untuk kehdupan ini dan bekalan untuk hari akhirat.”

Kita dikehendaki membaca, mendalami dan menghayati isi kandungan Al-Quran kerana ia diturunkan bukan untuk dijadikan perhiasan sahaja, dengan itu kita mendapat faedah yang besar bukan sahaja pahala da keredhaan Allah tetapi juga kegunaan lain dalam kehidupan sehari-hari.

Membaca Al-Quran dikira sebagai berzikir dan zikir membaca Al-Quran lebih afdal dan utama daripada zikir-zikir yang lain. Oleh itu membaca Al-Quran adalah sebagai ibadat tetapi tidaklah melebihi daripada ibadat-ibadat yang wajib.

Dalam sebuah hadis Rasulullah bersabda:

Semulia-mulia ibadat umatku ialah membaca Al-Quranul Karim ( ibadat yang bukan wajib).

Membaca Al-Quran disifatkan sebagai santapan rohani kepada tiap-tiap orang Islam.



Rasulullah s.a.w bersabda dalam sebuah hadis berbunyi:

Sesungguhnya Al-Quran ini ialah hidangan Allah S.W.T maka hendaklah kamu terima hidangan Allah sebanyak mana yang kamu boleh.

Al-Quran juga merupakan senjata yang paling berkesan untuk membersihkan jiwa dan menyinarkannya.

Dalam sebuah hadis Rasulullah s.a.w bersabda:

Daripada Ibnu Umar r.a berkata:
“Rasulullah s.a.w telah bersabda, hati manusia akan berkarat seperti besi yang dikaratkan oleh air. Apakah cara untuk menjadikan hati bersinar semula. Katanya dengan banyak mengingati mati dan membaca Al-Quran.”




PAHALA MEMBACA AL-QURAN

Allah S.W.T. Yang Maha Pemurah memberi pahala yang amat besar kepada orang yang membaca Al-Quran, tiap-tiap satu huruf ada pahalanya dan tiap-tiap satu ayat pun ada ditentukan pahalanya yang tidak sama antara satu dengan yang lain.

Pahala tiap-tiap huruf Al-Quran dijelaskan dalam sebuah Hadis dari Ibnu Masud r.a dari Rasulullah s.a.w:

Daripada Ibnu Masud r.a telah berkata bahawa Rasulullah s.a.w telah bersabda/;
Barangsiapa membaca satu huruf daripada Kitabullah maka baginya satu kebajikan dan setiap kebajikan sepuluh kali gandanya. Aku tidak mengatakan Alif Laam Miim satu huruf tetapi Alif satu huruf, Lam satu huruf dan Mim satu huruf.

Mengenai pahala tiap-tiap ayat telah disebut dalam beberapa hadis antaranya yang diriwayatkan daripada Abi Hurairah r.a telah bersabda Rasulullah s.a.w:

Sesiapa yang membaca Al-Quran sepuluh ayat dalam satu malam tidak dimasukkan ke dalam golongan yang lalai.


Sesiapa yang memelihara sembahyang fardu tidak termasuk dalam golongan yang lalai dan sesiapa yang membaca 100 ayat pada satu malam dimasukkan ke dalam golongan yang taat.


Barangsiapa yang mendengarkan satu ayat daripada Al-Quran ditulis baginya satu kebajikan yang berlipat kali ganda dan barang siapa yang membacanya adalah baginya cahaya pada hari Qiamat.

Adapun pahala membaca surah-surah banyak diriwayatkan dalam hadis-hadis Rasulullah s.a.w antaranya:

Sesiapa yang mambaca surah Yasin dipermulaan hari, segala hajatnya bagi hari itu dipenuhi.


Sesiapa yang membaca surah al-Waqiah pada tiap-tiap malam kebuluran/kepapaan tidak akan menima dirinya.

Selain daripada pahala yang disebut sebelum ini, pahala membaca dalam solat dan pahala membaca dengan berwuduk lebihbesar ganjarannya daripada tidak berwuduk. Berpandukan Hadis Rasulullah s.a.w yang panjang dapat disimpulkan seperti berikut:

1. Pahala membaca Al-Quran dalam solat bagi tiap-tiap satu huruf seratus kebajikan.
2. Pahala membaca dengan berwuduk di luar solat bagi tiap-tiap satu huruf sepuluh kebajikan.



KELEBIHAN MEMBACA AL-QURAN

Orang yang selalu membaca Al-Quran semata-mata kerana Allah diberi kelebihan yang tinggi dan berbeza semasa mereka masih hidup ataupun sesudah berada di akhirat di samping kemuliaan yang dikurniakan kepada orang yang membaca Al-Quran kelebihan melimpah juga kepada kedua ibubapanya.

Hadis dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sesiapa yang membaca Al-Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, ibubapanya akan dipakaikan mahkota pada hari kiamat yang sinarannya akan melebihi daripada cahaya matahari jika matahari itu berada di dalam rumah-rumahnya di dunia ini. Jadi bayangkanlah bagaimana pula orang yang dirinya sendiri mengamalkan dengannya.

Al-Quran juga dapat memberi syafaat (pertolongan) yang paling tinggi di sisi Allah S.W.T di hari qiamat. Ini berpandukan kepada Hadis Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Tidak ada syafaat yang paling tinggi melainkan Al-Quran yang bukan Nabi dan bukan malaikat dan sebagainya.

Hadis lain daripada Othman Ibnu Affan r.a dari Rasulullah s.a.w yang berbunyi:

Sebaik-baik kamu yang mempelajari Al-Quran dan mengajarnya kepada orang lain.



KERUGIAN MEREKA YANG TIDAK MEMBACA AL-QURAN

Dalam hadis Rasulullah s.a.w baginda ada menyebut tentang orang yang tidak ada langsung membaca Al-Quran dan rongga mulutnya kosong dengan ayat-ayat Al-Quran seperti rumah yang kosong dari penghuni.

Hadis dari Rasulullah s.a.w berbunyi:

Sesungguhnya orang yang tidak ada pada rongganya sedikitpun daripada Al-Quran seperti rumah yang ditinggalkan kosong


BANGUNAN KOLEJ AL-AKHLAK



PENDAFTARAN PELAJAR - PELAJAR SESI 2013 DIBUKA SEKARANG

PENDAFTARAN PELAJAR-
 SESI PERSEKOLAHAN 2013 
IBUBAPA BOLEH MEMBUAT PENDAFTARAN DARI SEKARANG.

BAGI SESI 2013 
PENGAMBILAN JUMLAH PELAJAR HANYA 80 ORANG
( 40 PELAJAR LELAKI DAN 40 PELAJAR PEREMPUAN)

SYARAT KEMASUKAN

TIADA SYARAT CEMERLANG AKADEMIK
MESTI BERDISIPLIN
RAJIN
KEHENDAK ANAK DAN IBUBAPA
UMUR DARI 10-15 TAHUN

MAKLUMAT LANJUT HUBUNGI PIHAK KAMI WAKTU PEJABAT 

KOLEJ TAHFIZ AL AKHLAK AL ISLAMIAH MASJID TINGGI SEDANG DALAM PEMBANGUNAN

Karnival Sukan MTAA Kali Ke-2

Maahad Tahfiz Al- Akhlak (MTAA) baru sahaja melabuhkan tirai Karnival Sukan MTAA kali ke-2 pada 4 Mac 2012 dengan acara kemuncaknya merentas desa.

UZLAH PELAJAR MAAHAD

Uzlah bermaksud memencilkan diri atau mengasingkan. Yang didekehendaki dengan al-uzlah di sini ialah memencilkan diri daripada segala kekufuran, kemunafikan dan pembuat kejahatan, termasuk menjauhkan diri daripada majlis yang mempersendakan ayat-ayat Allah. Maksud uzlah disini pula ialah mengasingkan pelajar- pelajar dengan keluarga. Walau bagiamanpun uzlah ini bukanlah berpanjangan sepanjang masa. Ianya merupakan ubat hati untuk melawan sifat mazmumah.

Pelajar- pelajar maahad tahfiz baru sahaja lepas dari situasi uzlah/kuarantin yang mana keluarga tidak boleh bertemu dengan pelajar- pelajar kerana ia merupakan disiplin bagi mengukuhkan sifat berdikari apabila berjauhan dengan keluarga. Selepas diberi pelepasan untuk pulang ke pangkuan keluarga, kini semua pelajar maahad telah kembali untuk meneruskan pembelajaran mereka dalam pengajian Al - Quran disamping mempelajari bidang akademik.

Sepanjang tempoh ini, pelajar- pelajar maahad telah dilibatkan dengan program orentasi selama beberapa yang dilaksanakan oleh beberapa orang guru. Pelajar- pelajar maahad diberi kesedaran tentang tujuan mereka berada di maahad. Selain itu mereka juga diberi pengisian tentang peraturan- peraturan yang perlu diikut.




Sesi taklimat dan motivasi




Riadzah juga dilaksanakan pada waktu petang dan pagi. Terdapat beberapa permainan yang pelajar- pelajar bermain secara berkumpulan. Tujuan permainan ini dilaksanakan adalah untuk memupuk kerjasama dalam kumpulan.