Gambar Aktiviti Riadah Program Cakna Remaja


Peserta mendengar taklimat untuk mengagihkan kumpulan

Berada dalam kumpulan




Aktiviti riadah dijalankan

Semangat kerjasama

Program Cakna Remaja

Program Cakna Remaja sedang berlangsung di Masjid Al Athar, Masjid Tinggi, Bagan Serai bermula 19/12 sehingga 20/12. Program ini dianjurkan khas untuk remaja (imam muda) yang berbentuk kerohanian. Ia dianjurkan oleh masjid Al- Athar, Masjid Tinggi dan mendapat kerjasama dari Mahad Tahfiz Al- Akhlak Al- Islamiah. Pendaftaran Hanya RM 10. Semoga Program ini berjalan dengan lancar bagi melahirkan imam muda yang mumtaz. Gambar aktiviti akan diupload kemudian.

Jamuan aidul fitri dan Perjumpaan Badan Kebajikan Anak Tahfiz (BAKAT)

Telah berlansung pada :
Tarikh             :      4hb  September 2011
Masa              :      02:00 petang
Tempat          :       Dewan Makan Maahad Tahfiz
Kehadiran      :       Seramai kira-kira 40 orang tetamu termasuk 50 orang pelajar dan kakitangan maahad.

GAMBAR-GAMBAR KENANGAN



PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2011/2012

PENDAFTARAN PELAJAR BARU 2011/2012 DIBUKA SEKARANG

SYARAT KEMASUKAN :-
BOLEH MEMBACA AL-QURAN DENGAN LANCAR
BOLEH MEMBACA DAN MENULIS JAWI DAN RUMI
MEMPUNYAI AKHLAK -SAHSIAH YANG BAIK
MEMPUNYAI DISIPLIN DAN AKHLAK YANG TINGGI
IBUBAPA DAN ANAK AMAT BERMINAT

UJIAN KEMASUKAN AKAN DIJALANKAN PADA  :
 HARI SABTU DAN AHAD
MINGGU KETIGA BULAN OKTOBER 2011 DI MAHAAD TAHFIZ

BORANG KEMASUKAN BOLEH DIDAPATI DI PEJABAT KAMI SETIAP HARI MULAI JAM 10.00 PAGI - 5.00 PETANG

MAKLUMAT LANJUT SILA HUBUNGI PEGAWAI EKSEKUTIF
Ustaz Nadzrey   014-259 2808 / 019-300 2845
05-721 9745 (pejabat)

IFTAR JAMA'AIE

Majlis Iftar Jama'aie telah diadakan pada:-

Hari Selasa 2hb Ramadhan 1432 bersamaan 2hb Ogos 2011 di perkarangan kantin Maahad Tahfiz al Akhlak al Islamiah, Jalan Banjar, Masjid Tinggi. Seramai kira-kira 30 orang ibu bapa dan keluarga telah menghadiri majlis berkenaan. Turut hadir ialah barisan Ahli Jawatankuasa Lembaga Pentadbir Maahad yang di ketui oleh Tuan Haji Jamaluddin bin Ashaari (Cikgu Nasir) selaku Pengerusi. Menyerikan majlis kali ini adalah kehadiran Y.B. Tuan Haji Husin bin Din (ADUN Selinsing). Hampir kesemua pelajar turut serta dalam majlis yang meriah ini, selain dari beberapa pelajar yang tidak dapat turut serta kerana bertugas sebagai Imam Tarawikh di beberapa rumah anak yatim yang menjemput.

Dalam ucapannya, Tuan Haji Jamaluddin menyatakan tentang beberapa perubahan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan demi untuk mempertingkatkan kemudahan di Maahad ini. "Kita juga turut meminda kaedah makan berpinggan kepada makan di dalam talam, berujuan bagi mengeratkan hubungan kasih sayang antara sesama pelajar." ujar beliau. Beliau juga memohon orang ramai dan badan-badan NGO untuk menghulurkan sumbangan bagi menampung keperluan menambah "TILE" pada lantai kantin berkenaan. "Ia akan memakan belanja kira-kira RM6,500.00" menurut beliau lagi. Majlis sebelum itu dimulai dengan bacaan tahlil dan doa selamat.

MAJLIS KONSULTASI PELAJAR - BAGI SETENGAH TAHUN 2011

MAJLIS KONSULTASI PELAJAR 2011 ( I )

Majlis berkenaan telah diadakan pada:

Tarikh      :    29/07/2011
Masa       :    08.00  pagi   hingga   12.00 tengahari
Tempat    :    Kantin sekolah.

Seramai kira-kira 40 orang ibu bapa / penjaga hadir di majlis berkenaan.

Majlis dimulakan dengan bacaan al-quran oleh adik Muhammad Nor Al Faiz bin Mohd Radzi dari surah Al Baqarah (ayat 1 hingga 30) dan surah Al Mulk. Menyusul kemudian wirid Asma Ul Husna oleh pelajar-pelajar tahfiz yang diketuai oleh adik Muhammad Fikri Hakim bin Abd Rasid. Manakala bacaan doa oleh adik Muhammad Fahmi Hakim bin Saripuddin mengakhiri persembahan dari pelajar tahfiz.

Mendahului ucapan dalam majlis ini, Saudara Mahtiar bin Omar yang mewakili Badan Kebajikan Anak Tahfiz  (BAKTI) mengucapkan berbanyak terima kasih kepada guru-guru dan kaki tangan Maahad yang berkorban masa dan tenaga untuk menjaga dan mendidik para pelajar. Beliau merupakan setiausaha  BAKTI. Selain dari itu beliau menyeru kepada ibu bapa penjaga agar memberikan sepenuh kepercayaan kepada pihak Maahad untuk mengurus dan menyelia anak-anak menurut budaya Maahad ini bagi membentuk pelajar yang taat kepada Allah dan Rasullullah.

Menyusul kemudian, ucapan perasmian oleh A.F. Ustaz Haji Sukri bin Haji Khaidir selaku Mudir Maahad Tahfiz Al Akhlak Al Islamiah. Mengucapkan berbanyak terima kasih atas kehadiran ibu bapa penjaga dan penghargaan kerana kepercayaan yang diberikan. Memohon maaf kerana agak kekurangan masa untuk berdamping dengan para pelajar kerana kesibukan beliau di sekolah. Insyallah berkat rahmat dan limpahan kasih sayang Allah beliau akan menumpukan sepenuh masa  dengan Maahad menjelang 2012. Beliau juga menyeru agar ibu bapa penjaga,  menyembung kesinambungan usaha sekolah untuk mendidik pelajar cinta al quran dan cinta Rasullullah. "Ibu bapa penjaga perlulah memberikan perhatian kepada anak-anak ketika mereka balik bercuti dirumah. Memelihara pandangan mereka, pendengaran mereka, mulut mereka dari perkara-perkara yang lagha dan boleh mendatangkan dosa" ujar beliau.

Majlis ditamatkan dengan sesi Ibu Bapa Penjaga bertemu guru kelas masing-masing bagi menerima Laporan Kemajuan Pelajar Tahfiz anak masing-masing.

JADUAL CUTI AWAL RAMADHAN 1432H

Sempena menyambut ketibaan Ramadhan al-mubarak 1432H, 
sekolah akan bercuti selama 5 hari bermula 29hb Julai 2011
sehingga 02hb Ogos 2011

Ibu bapa yang menghantar anak pada 02hb Ogos 2011 dipersilakan
ke Majlis Berbuka Puasa pada hari berkenaan di perkarangan
kantin sekolah.

PROGRAM MOTIVASI TAHFIZ

TARIKH 02-07-2011 (SABTU)

SDR.MOHD AZHAR BIN BAHARI
PENGARAH,
 PUSAT PENGEMBANGAN ILMU MTAA
( SIKAP POSITIF-MANUSIA BERUNTUNG)
7.30-9.00 MALAM

USTAZ MOHD HURI AL-HAFIZ
(IMAM MASJID PANGKALAN HULU)
MOTIVASI HAFAZAN AL-QURAN
9.30-10.30 MALAM

TAMRIN QIADI 2

SEMUA PELAJAR TERLIBAT DALAM TAMRIN QIADI 2.
PROGRAM AKAN DIJALANKAN PADA  24,25 DAN 26 JUN 2011.

BAKAT - BADAN KEBAJIKAN ANAK TAHFIZ




Suasana Mesyuarat Agong I - BAKAT

USTAZ MUHAMMAD AT-TAHIRI ( Maghribi)

Tenaga pengajar Bahasa Arab bersama Dr. Nuhong Sulaiman dari Makasar Indonesia.