IFTAR JAMA'AIE

Majlis Iftar Jama'aie telah diadakan pada:-

Hari Selasa 2hb Ramadhan 1432 bersamaan 2hb Ogos 2011 di perkarangan kantin Maahad Tahfiz al Akhlak al Islamiah, Jalan Banjar, Masjid Tinggi. Seramai kira-kira 30 orang ibu bapa dan keluarga telah menghadiri majlis berkenaan. Turut hadir ialah barisan Ahli Jawatankuasa Lembaga Pentadbir Maahad yang di ketui oleh Tuan Haji Jamaluddin bin Ashaari (Cikgu Nasir) selaku Pengerusi. Menyerikan majlis kali ini adalah kehadiran Y.B. Tuan Haji Husin bin Din (ADUN Selinsing). Hampir kesemua pelajar turut serta dalam majlis yang meriah ini, selain dari beberapa pelajar yang tidak dapat turut serta kerana bertugas sebagai Imam Tarawikh di beberapa rumah anak yatim yang menjemput.

Dalam ucapannya, Tuan Haji Jamaluddin menyatakan tentang beberapa perubahan yang telah, sedang dan akan dilaksanakan demi untuk mempertingkatkan kemudahan di Maahad ini. "Kita juga turut meminda kaedah makan berpinggan kepada makan di dalam talam, berujuan bagi mengeratkan hubungan kasih sayang antara sesama pelajar." ujar beliau. Beliau juga memohon orang ramai dan badan-badan NGO untuk menghulurkan sumbangan bagi menampung keperluan menambah "TILE" pada lantai kantin berkenaan. "Ia akan memakan belanja kira-kira RM6,500.00" menurut beliau lagi. Majlis sebelum itu dimulai dengan bacaan tahlil dan doa selamat.

No comments:

Post a Comment