MEMBINCANGKAN HALA TUJU PENDIDIKAN
DR.MOHD. AZHAR BIN BAHARI

Persidangan Pengetua-pengetua Maahad Tahfiz Rapatkan Lagi Hubungan Antara Darul Quran dan MTQN

Persidangan Pengetua-Pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri Peringkat Kebangsaan kali ke-18 telah diadakan di Hotel Selesa, Johor Bahru, Johor pada 16-18 Mac yang lalu. Persidangan kali ini dianjurkan oleh Jabatan Agama Islam Johor dengan kerjasama Darul Quran, Jakim. Persidangan yang diadakan dwi tahunan ini telah dirasmikan oleh Y.Bhg Tuan Hj. Abdul Rahim Jaafar, Pengarah Jabatan Agama Islam Johor. Turut hadir dalam majlis ini ialah Y.Bhg Dato’ Hj. M. Tahrir B. Dato’ Hj Samsuddin, Mufti Johor merangkap Lembaga Pengarah Kolej Pengajian Islam Johor (MARSAH) dan Y.Bhg Us. Mohamed Salleh, Pemangku Ketua Eksekutif MARSAH. 


Semasa merasmikan persidangan ini Tuan Hj. Abdul Rahim Jaafar menyarankan agar semua pengetua Maahad Tahfiz al-Quran Negeri lebih peka terhadap kepentingan kualiti pengajaran pembelajaran. Beliau berharap agar semua pihak berganding bahu bagi memartabatkan pendidikan Tinggi Tahfiz al-Quran bagi melahirkan generasi al-Quran yang berilmu, berwawasan dan mampu menjadi pemimpin negara yang mempunyai hala tuju yang jelas berteraskan al-Quran dan Sunah. Beliau turut berharap agar persidangan kali ini akan memperkukuhkan hubungan antara Jabatan Agama Islam Johor dan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia, khususnya di dalam bidang Pendidikan Tinggi Tahfiz al-Quran.


No comments:

Post a Comment